Kisah Penyewa Dari Neraka. Rumah Dirosakkan Jadi Tongkang Pecah!

Ramai yang tahu pelabur hartanah berdepan dengan pelbagai risiko. Salah satunya berhadapan dengan penyewa dari neraka. Ikuti kisah saya…

YA ALLAH. TERUKNYA RUMAH NI!

Hari ni saya nak kongsikan pengalaman datang check bilik sewa di Mentari Court milik seorang hamba Allah ni.

Bila saya tengok keadaan rumah ni, saya rasa kesian sangat dengan tuan rumah. Asalnya rumah ni cantik. Tapi ada penyewa buat hal sampai jadi macam ni.

Lihatlah sendiri gambar keadaan rumah.

Saya diberitahu dia dah spend duit banyak untuk renovate & beli perabot untuk keselesaan penyewa dia.

Penyewa ni pulak selalu bayar lambat. Tapi kesian punya pasal, dia pun selalu bagi extend masa untuk mudahkan urusan penyewa.

Lepas tu, boleh pulak penyewa buat macam ni. Harta benda rosak, bil air elektrik pun tertunggak sampai beratus ringgit!

Nak repair & bersihkan rumah ni pun kos lagi. Dah macam zoo dibuatnya rumah ni. Binatang pun lagi baik dari penyewa macam ni…

Bagaimana rasanya lihat rumah yang kita sayang hancur akibat penyewa tak bertanggungjawab? Saya percaya, ramai lagi tuan rumah di luar sana yang pernah mengalami pengalaman serupa.

Saya sendiri pun ada rumah sewa di Mentari Court. Jadi saya cuma nak berpesan kepada semua PENYEWA RUMAH. Bila kita sewa bilik, tolong jaga baik-baik rumah dari awal masuk sehingga kita keluar. Masuk cara baik, keluar pun cara baik jugak.

Ada Sebab Kenapa Deposit Diminta…

Jangan ambil kesempatan atas kebaikan tuan rumah. Sebab tu, jangan marah kalau tuan rumah tegas nak deposit sewa. Sebabnya kalau penyewa buat hal, deposit tu akan digunakan untuk cover kos kerosakan.Itu pun belum tentu dapat cover…

Kena ingat, yang beragama Islam, mungkin kau boleh lari kat dunia ni. Tapi kat akhirat, tuan rumah yang dizalimi boleh tuntut balik. Jangan sampai pahala amalan kita burn sebab perangai kita sendiri. Menyesal tak sudah nanti.

Untuk yang cari bilik sewa di sekitar Lembah Klang, boleh contact dengan kami. Kami ada bilik-bilik untuk disewakan murah sahaja serendah RM200. Deposit pun kami minta cuma 1 bulan sahaja. Cuma pastikan anda betul-betul serius sebab kami akan tapis penyewa siap-siap supaya tiada kes macam ni.

Untuk lihat gambar bilik-bilik yang available & booking temujanji untuk datang tengok bilik, sila check website kami:

lalivingroom.com


Join The Discussion

Compare listings

Compare