Isu Akses Pejalan Kaki Di Mentari Court. Apa Yang Berlaku Sebenarnya?

Penduduk Mentari Court sedang beratur untuk masuk menggunakan Akses Pejalan Kaki

Baru-baru ini, JMB Mentari Court telah mengenakan syarat untuk semua penduduk Mentari Court untuk menggunakan akses pejalan kaki.

Hari pertama penguatkuasaan polisi ini telah menyebabkan berlakunya kesesakan di pintu masuk Mentari Court. Ramai beratur panjang sehingga ke bangunan Leisure Commerce Square!

Maka, ramai yang mengadu tidak puas hati bahawa ini semua menyusahkan mereka untuk keluar masuk terutamanya pada waktu puncak.

Sudah lah penat bekerja, kini terpaksa tunggu lama hanya untuk masuk ke kediaman mereka!

Patutkah Adanya Polisi Akses Pejalan Kaki ini?

Berdasarkan tinjauan yang dibuat dengan penduduk, ada antara mereka merasakan polisi ini leceh & membebankan mereka. Ada yang berpendapat bahawa Mentari Court ini berstatus Apartment sahaja, bukannya kondominium.

Kepadatan penduduk dalam Mentari Court dikatakan tidak sesuai memandangkan majoriti penduduk berjalan kaki untuk keluar masuk. Jadi tidak perlu pun polisi ini dilaksanakan.

Namun ada juga penduduk yang bersetuju. Pada pandangan mereka, walaupun Mentari Court bukanlah kondominium, tetapi apartment ini mempunyai security gate. Selain itu, penduduk juga dikehendaki membayar yuran penyelenggaraan (maintenance fee).

Jadi ada keperluan sistem ini supaya dapat menambahkan keselamatan, di samping mengurangkan kemasukan orang luar sewenang-wenangnya sekaligus mengurangkan kadar kes jenayah.

Inil adalah usaha penting pihak JMB untuk menjadikan Mentari Court selamat untuk didiami oleh semua orang.

JMB juga menegaskan bahawa Isu kesesakan ini hanya sementara sahaja memandangkan masih ramai lagi yang belum dapat kad ases pejalan kaki.

Sekarang JMB sedang berusaha untuk selesaikan semua permohonan akses kad.

Selepas selesai, laluan keluar masuk akan lebih lancar.

Ada juga aduan orang luar menggunakan fasiliti dalam Mentari Court. Jadi ini tidak adil untuk penduduk yang terpaksa tanggung kos penyelengaraan jika berlakunya kerosakan fasiliti yang ada.

Cadangan Penambahbaikan Kepada JMB

Sememangnya tidak dinafikan ada kebaikan polisi ini dibuat. Penting juga untuk kenal pasti siapa penduduk & siapa org luar. Dengan sistem baru ni, mungkin Mentari Court tidak lagi port warga asing keluar masuk sesuka hati.

Apa yang perlu JMB buat ialah memudahkan flow keluar masuk. Cadangan pertama ialah lebih baik jika pintu masuk pejalan kaki diasingkan dengan pintu utama.

Kedua, kalau JMB boleh buka lebih banyak laluan palang, pastinya dapat kurangkan kesesakan di pintu utama.

Jika ada yang mencari bilik sewa murah di Mentari Court, sila check website kami: http://lalivingroom.com


Join The Discussion

0 thoughts on “Isu Akses Pejalan Kaki Di Mentari Court. Apa Yang Berlaku Sebenarnya?”

  • Surain

    Good but 1 entrance not enough, very high density

    Reply

Compare listings

Compare