Mentari Court – Kenapa Apartment Ini Sangat Terkenal Di Tiktok?

Bagi yang biasa layan video-video di Tiktok, mungkin ada antara anda yang pernah terjumpa video yang menceritakan pengalaman orang yang pernah datang ke apartment ini.

Untuk pengetahuan, apartment ini terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya & mempunyai 7 blok & 17 tingkat.

Ramai yang menghuni di sini berikutan lokasinya yang sangat strategik bersebelahan Lebuhraya Persekutuan, berdekatan dengan pengangkutan awam seperti Stesen KTM Setia Jaya, Stesen Setia Jaya Bus Rapid Transit (BRT) & rangkaian bas Rapid KL.

Lihat lokasi Mentari Court di Google Map

Apartment ini lengkap dengan pelbagai fasiliti seperti taman permainan & kolam renang

Kenapa Apartment Ini Jadi Bahan Bualan?

Jika anda membuat carian “Mentari Court” di Tiktok, macam-macam kisah “pelik” yang akan keluar.

Antara isu yang popular datangnya dari golongan rider food delivery seperti Grab & Food Panda. Ada yang bercerita kalau masuk sini, susah nak jumpa jalan keluar!

Selain itu, ramai netizen mendakwa kediaman itu yang dipenuhi dengan golongan pendatang asing, sekali gus mengundang rasa jelik dalam kalangan warga tempatan yang tidak menduduki tempat tersebut.

@majoritiofficial

Kalau orang tak kacau kita, kenapa kita nak kacau orang kan? majoriti beritaditiktok trendingnewsmalaysia wargaasing mentaricourt

♬ original sound – Majoriti Official – Majoriti Official

Sisi Positif Mentari Court Yang Ramai Tak Tahu

Sebenarnya apa yang digembar-gemburkan oleh netizen tidaklah seburuk yang disangka. Kebanyakannya ditokok tambah untuk tujuan content semata-mata.

Realitinya, masyarakat di sini tidak mempertikaikan kehadiran mereka dengan keselamatan dan kelengkapan fasiliti di situ dikatakan lebih terjamin di bawah kendalian golongan berkenaan.

Masyarakat tempatan juga memberikan kepercayaan penuh terhadap sistem kebersihan yang diuruskan oleh pekerja asing, di mana taman permainan dan kolam renang sentiasa dijaga dengan rapi.

Penghuni, Nurul Wani, 35, menegaskan bahawa tidak ada isu yang pernah timbul sejak pendatang asing tinggal di sana kerana wujudnya persefahaman dan hormat-menghormati antara penduduk tempatan dan asing.

“‘Tiada kes kecurian yang berlaku dan pondok pengawal keselamatan sentiasa beroperasi 24 jam sehari sekiranya ada kecemasan”, katanya

Ruwandi Kiman, seorang pengawal keselamatan yang dipercayai, menjadi contoh keyakinan yang diletakkan oleh penduduk setempat terhadap golongan ini.

Nurul Wani (kiri) sempat bergurau senda dengan Ruwandi Kiman (kanan) 

Seorang lagi penduduk, Fariz Zulkifli, 36, menyatakan bahawa dia telah tinggal di sini selama lebih dari 10 tahun tanpa gangguan daripada pendatang.

Baginya, persepsi masyarakat luar yang mungkin sinis perlu diberi penjelasan, kerana yang penting, dia dan keluarganya merasa selamat dan damai.

“Ada yang peramah dan suka bermain dengan anak-anak kami, hujung minggu memang kawasan taman permainan di sini akan dipenuhi kanak-kanak tak kira warga asing ataupun tempatan,” jelasnya.

Rider Food Delivery Susah Jumpa Jalan Keluar?

Kawasan Mentari Court sememangnya sangat besar memandangkan terdapat 7 blok & 2 pintu masuk keluar.

Selain itu juga, ada banyak lorong antara blok yang mungkin menyebabkan kekeliruan dalam kalangan rider.

Lihat flow jalan & lorong di Mentari Court

Kebanyakan rider akan bertumpu di Pintu Masuk 1 kerana ini ialah pintu depan. Jika dilihat dalam peta, tidaklah menghairankan kenapa ada rider yang tersesat.

Lubuk Rezeki Rider

Isu ini sebenarnya kecil sahaja. Bahkan ramai rider sebenarnya bersyukur kerana Mentari Court dianggap sebagai lubuk rezeki mereka memandangkan banyak pesanan yang diterima di apartment dek kerana populasi penduduk yang ramai.

Disebabkan sudah menjadi kebiasaan keluar masuk sini untuk menghantar pesanan, kebanyakan rider sudah pun menghafal jalan keluar & lorong tertentu untuk jalan singkat.

Terlalu Banyak Tokok Tambah

Hakikatnya terlalu ramai yang menokok tambah kisah-kisah di Mentari Court sebagai bahan content mereka.

Ramai juga penduduk yang kecewa dengan perkara ini kerana kebanyakannya tidak benar. Mereka berharap netizen tidak lagi membuat spekulasi liar tentang kediaman mereka.

Pilihan Ramai Untuk Menyewa

Walaupun dengan pelbagai publisiti yang negatif, Mentari Court masih lagi menjadi pilihan penduduk sekitar Petaling Jaya untuk menyewa berikutan kedudukan yang berhampiran dengan Stesen KTM & BRT.

Ianya sangat membantu memudahkan mereka yang bekerja di Kuala Lumpur atau Shah Alam/ Klang untuk berulang alik.

Ia juga menjadi hot spot untuk mereka yang bekerja di mana-mana syarikat Sunway Group seperti Sunway Pyramid & Sunway Lagoon kerana dihubungkan dengan stesen BRT Sunway Line yang dijarakkan oleh 2 stesen sahaja.

Untuk lihat gambar bilik-bilik Mentari Court yang available & booking temujanji untuk datang tengok bilik, sila check website lalivingroom.com


Join The Discussion

Compare listings

Compare