Kenapa Mentari Court Pilihan Terbaik Untuk Menyewa Di Bandar Sunway?

Untuk warga Bandar Sunway, Mentari Court pastinya sudah tidak asing lagi. Apartment ini menjadi pilihan popular untuk mendapatkan rumah atau bilik sewa. Tetapi apa yang menariknya dengan Mentari Court ini?

Kadar Sewa Yang Murah

Mencari bilik sewa yang murah di kawasan Lembah Klang adalah satu cabaran terutamanya bagi yang baru sahaja dapat pekerjaan. Itu belum dikira kos untuk sediakan deposit yang diminta tuan rumah!

Kadar sewa di sini sememangnya menepati bajet marhaen. Kebanyakkannya sewa bilik bermula dari harga cuma RM200 untuk Bilik Sharing sehinggalah RM600 untuk Bilik Master. Manakala untuk sewa bulanan rumah pula dalam lingkungan RM1000 – RM1500 bergantung sama ada unit tersebut unit kosong atau fully furnished.

Bagi sesetengah tempat, tuan rumah biasanya mengenakan syarat deposit yang tinggi. Ada yang minta 3+1 atau 2+2! Orang yang menyewa ni kebanyakannya golongan sederhana jadi tak semua orang ada duit sebanyak tu bila nak mula menyewa.

Tetapi di Mentari Court kebanyakannya hanya letak jumlah deposit paling berpatutan seperti 2+1 atau 1+1. Ada sesetengah tuan rumah di sini menawarkan bilik sewa tanpa deposit dengan beberapa syarat yang diletakkan.

Contoh Iklan Bilik Sewa Mentari Court

Berdekatan Pengangkutan Awam

Ini adalah faktor paling penting kenapa Mentari Court menjadi pilihan popular. Bayangkan Stesen KTM & Stesen BRT betul-betul di belakang apartment ini! Kalau nak jalan kaki pun tak sampai 5 minit!

Pastinya senang nak berulang alik kerja terutamanya yang bekerja di Kuala Lumpur atau Shah Alam/Klang. Contohnya nak ke KL Sentral pun hanya memakan masa dalam 30 minit sahaja untuk sampai.

Tak payah naik kereta. Jimat duit minyak, parking & tol.

Tak payah naik Grab. Dah la makin mahal.

Untuk mereka yang bekerja di mana-mana syarikat Sunway Group seperti Sunway Lagoon, Sunway Medical Centre atau Sunway University, boleh saja gunakan perkhidmatan BRT Sunway Line di Stesen Setia Jaya.

Kalau nak naik LRT, guna BRT di stesen Setia Jaya. Lepas tu, gerak ke stesen USJ 7. Ada stesen LRT di sana.

Kalau nak betul jimat, boleh guna My50: Pas Perjalanan Bulanan Rapid KL. Bayar RM50 sebulan je, boleh naik LRT & BRT tanpa had! Boleh pergi mana-mana je. Weekday pergi kerja, weekend boleh la lepak KL pulak!

Kelengkapan Rumah Lengkap atau Separa Lengkap (Fully or Semi Furnished)

Hal ini sebenarnya sangat memudahkan penyewa. Sebab apa, diorang hanya perlu datang bawa pakaian je pada hari pertama menyewa! Ada katil, kipas, almari dan beberapa kelengkapan asas rumah yang lain pun dah memadai!

Antara bilik sewa fully furnished di Mentari Court

Dilengkapi Kawalan Keselamatan

Zaman sekarang ni kes jenayah makin menjadi-jadi. Kes pecah rumah pun banyak dilaporkan kat TV, jadi kawalan keselamatan kat kawasan rumah sangat penting. Sebab itu, ia menjadi salah satu kriteria rumah atau bilik yang biasa penyewa cari.

Di sini, khidmat pengawal keselamatan kat depan pintu masuk sudah tersedia. Penduduk sini juga diberi akses pejalan kaki. Ini semua bertujuan untuk mengawal keluar masuk orang luar.

Dapat Parking Sekali

Bagi siapa yang ada kereta, parking sangat penting. Kalau takde parking dalam kawasan rumah, takkan nak parking kat luar. Apa-apa jadi kat kereta pun kita tak tau. Keselamatan tak terjamin…

Mentari Court mempunyai banyak ruang parking bahkan siap ada Parking bertingkat!

Nak Dapatkan Bilik Sewa Yang Memenuhi Ciri-Ciri Di Atas?

Jika ada yang mencari bilik sewa murah di Mentari Court, sila check website kami: http://lalivingroom.com


Join The Discussion

Compare listings

Compare