Ini 7 Rahsia Untuk Dapatkan Penyewa Idaman Buat Tuan Rumah!

Tuan rumah wajib tahu cara untuk tapis penyewa dari awal lagi

Setiap tuan rumah tentu mengidamkan penyewa yang seperti datang dari ‘syurga’, yang tidak hanya membayar sewa tepat pada waktunya tetapi juga menjaga kebersihan rumah dengan baik.

Namun, realitinya tidak semudah yang diimpikan.

Untuk menarik penyewa berkualiti, anda perlu melibatkan usaha yang lebih dari biasa.

Salah satu cara paling efektif untuk menghindari penyewa yang berpotensi menimbulkan masalah dan hanya menyambut penyewa yang baik adalah melalui pelaksanaan sistem penapisan penyewa.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan bagaimana sebagai tuan rumah, anda boleh ‘memilih’ siapa yang bakal menjadi penyewa anda tanpa bimbang terpilih orang yang salah.

1. Sopan Santun & Hormat Tuan Rumah

Cara bertanya penyewa adalah first impression yang paling penting untuk tahu sama ada dia penyewa yang baik atau tidak.

Penyewa yang baik akan mulakan dengan salam dan perkenalkan diri. Bahasa yang digunakan pun tersusun. Juga, tidak menggunakan kata seru yang banyak (!!!???)

Jika awal-awal lagi sudah mendesak, atau sehingga buat panggilan tengah malam yang menganggu privasi kita, ketahuilah ini adalah redflag!

2. Pandai Baca Iklan

Penyewa yang betul-betul baca iklan kita biasanya berkualiti & senang untuk berurusan.

Semua maklumat kita dah tulis dalam iklan tapi masih ada lagi yang bertanya.

Penyewa yang baik akan baca semua maklumat yang ada di iklan dengan teliti.

Jadi, mereka tidak akan tanya soalan basic seperti lokasi rumah tersebut, berapa harga sewa dan tingkat berapa. Melainkan jika maklumat tersebut tidak ada di iklan.

Kalau maklumat mudah dalam iklan pun mereka boleh skip, jangan harap mereka akan baca butiran perjanjian sewa nanti yang akhirnya akan menyebabkan perbalahan!

Sering berlaku kes seperti ini, contohnya dalam isu deposit burn jika keluar awal dari kontrak serta tempoh masa pemulangan deposit. Mereka mula play victim & menuduh tuan rumah sebagai scammer sedangkan sudah tertulis siap-siap dalam perjanjian sewa.

3. Ada Inisiatif Sendiri

Penyewa yang baik biasanya akan cari inisiatif sendiri berkenaan maklumat rumah tersebut.

Contohnya dia akan gunakan google maps untuk tahu jarak rumah tersebut dengan tempat dia bekerja.

Selain itu, dia sendiri akan buat kajian seperti fasiliti yang berhampiran rumah, akses pengangkutan awam dan lain-lain.

4. Menepati Janji

Penyewa yang baik akan selalu datang untuk tengok rumah tepat pada masanya atau lebih awal.

Dan jika berlaku perubahan waktu, dia akan beritahu lebih awal bukannya last minit.

Kalau awal-awal lagi dah buat kita “tersidai”, tak usahlah berurusan dengan mereka.

5. Tiada Masalah Nak Bayar Deposit

Penyewa yang baik biasanya tiada masalah dalam menyediakan deposit kerana ini menunjukkan dia memang sudah bersedia untuk menyewa.

Kalau dari awal-awal lagi sudah minta dikecualikan deposit, kemungkinan dia akan ada masalah besar untuk buat bayaran sewa kemudian hari.

Jadi lebih baik jauhi penyewa seperti ini.

6. Rumah/Bilik Tidak Bersepah

“Penyewa dari neraka” adalah mimpi negeri setiap tuan rumah.

Tiga tempat yang perlu sentiasa di kawal adalah kebersihan bilik, dapur dan bilik air. Jika 3 tempat ini dijaga dengan bersih, maka penyewa tersebut memang seorang yang pembersih dan rumah mungkin akan dijaga dengan baik.

Bila penyewa nak keluar rumah, biasanya bilik atau rumah akan ditinggalkan dalam keadaan bersih untuk dapatkan semula deposit.

Jangan sampai ulat sampah pun ada dekat dapur.

Baca pengalaman “Penyewa Dari Neraka” di sini

7. Bayar On Time/ Sebelum Due Date

Penyewa yang baik akan bayar tepat pada waktunya dan akan selalu inform tuan rumah bila duit dah masuk.

Kalau anda tak hantar reminder kepada penyewa anda , tapi mereka masih bayar on time, itulah penyewa terbaik.

KESIMPULAN

Untuk mengelakkan masalah penyewa yang bermacam ragam, tapislah penyewa dari peringkat awal lagi.

Kami faham ada tuan rumah yang masalah:

  1. Terlalu sibuk untuk uruskan rumah sendiri
  2. Tinggal jauh dari rumah sewa
  3. Tak sanggup hadap karenah penyewa
  4. Hanya nak tunggu masuk pembayaran sewa setiap bulan

Serahkan pada team La Living kami!

Kami menyediakan perkhidmatan dari A- Z untuk anda!

Biar kami bantu uruskan rumah sewa anda dari A-Z.

  • Bantu cari penyewa yang berkualiti melalui semakan latar belakang.
  • Kos pengiklanan kami tanggung!
  • Pendapatan sewa anda terjamin tanpa perlu risau sangkut bayaran installment bank

  • Perkhidmatan ini sangat sesuai untuk:
  • Owner rumah yang tak tahu cara nak iklankan rumah sewa
  • Owner rumah hanya nak tunggu masuknya pembayaran sewa setiap bulan
  • Owner rumah yang rumahnya sudah lama kekosongan penyewa

  • Perkhidmatan kami cover area Petaling Jaya.

Jika anda berminat boleh terus hubungi kami di sini.

Cari Bilik Sewa Murah Di Petaling Jaya? Jom singgah ke website kami!


Join The Discussion

Compare listings

Compare