Kenapa Bandar Elmina Ini Bakal Jadi Next Township To Watch?

Elmina City, dengan kawasan seluas 5,000 ekar, terletak di sepanjang Lebuhraya Koridor Guthrie, menjadi sorotan sebagai koridor pertumbuhan terkini di Lembah Klang.

Projek ini diterajui oleh Sime Darby Property, yang berhasrat untuk mengubahnya menjadi pusat kehidupan yang dinamik. Dengan pembangunan yang sedang giat dijalankan, Elmina City dijangka menawarkan pelbagai kemudahan termasuk taman pusat seluas 300 ekar, trek berbasikal dan jogging sepanjang 90km, pusat membeli-belah, pusat pendidikan, pusat penjagaan kesihatan dan kebajikan, serta dua laluan pengangkutan awam.

Menariknya, Elmina City terdiri daripada empat bandar kecil yang unik, iaitu Elmina East (1,088 ekar), Elmina West (2,662 ekar), Denai Alam (1,000 ekar), dan Bukit Subang (250 ekar). Diharapkan, perkembangan pesat di kawasan ini akan memberi impak yang signifikan kepada landskap pembangunan Lembah Klang.

Kalau perasan, Sime Darby sekarang sedang giat untuk membangunkan lebih banyak projek-projek baru untuk naikkan nilai hartanah township ini.

1. Pembinaan Mall Terbaru Yang Serba Lengkap

Mall baru yang dinamakan Elmina Lakeside Mall dijangka siap pada tahun ini. Mall ini berbeza dari mall lain kerana menerapkan elemen semulajadi untuk meningkatkan pengalaman membeli belah.

Bayangkan sedang meeting bersama rakan sekerja, minum kopi sambal menikmati pemandangan tasik yang memukau.

Lagipun ramai orang merungit bahawa kita kekurangan green space di Lembah Klang. Kita seolah-olah terlalu bertumpu membina hutan konkrit yang sememangnya memberi impak pada alam sekitar.

Mall ini pula dibina sebelah Elmina Central Park. Kalau tengok pada gambar model, boleh nampak betapa besarnya central park.

Jadi, ini satu inisiatif yang bagus dari Sime Darby ke arah bandar hijau.

Lihat perkembangan terbaru pembinaan Elmina Lakeside Mall dalam video di bawah:

2. Hospital Swasta

Ada kemungkinan private hospital akan dibina bersebelahan mall.

Dengan populasi township yang semakin meningkat di mana average harga rumah bermula dari RM800K ke atas, adalah mustahil tidak dibina private hospital memandangkan pastinya ada permintaan yang tinggi dari golongan M40 & T20 yang menetap di sini.

Apatah lagi majoriti golongan ini juga kebiasaannya ada medical card sama ada sendiri punya atau dibawah benefit company.

3. Rangkaian Highway Yang Luas

Kelebihan terbesar Elmina ialah dihubungkan dengan pelbagai highway. Jadi sangat mudah nak akses ke tempat-tempat utama di Lembah Klang.

Sekarang ni highway baru DASH yang menghubungkan Damansara hingga ke Shah Alam baru saja dibuka tahun lepas.

Lubuk Pelaburan Hartanah Terbaru?

Secara keseluruhan, Elmina berpotensi untuk menjadi township yang berjaya pada masa depan. Meskipun bersaing dengan township lain seperti Gamuda Cove, Eco Majestic Puncak Alam, pastinya dengan nilai yang ada bakal menarik lebih banyak minat untuk jadi penduduk di sini.

Sebenarnya banyak lagi cerita tentang impak dan potensi Bandar Elmina pada masa depan. Kalau ada yang plan nak beli rumah, sangat disarankan beli di sini. Nilai hartanah pastinya akan meningkat seiring dengan kemajuan pesat kawasan ini.

Teruja dengan peluang menarik untuk tinggal dan melabur di Bandar Elmina? Jika anda mencari peluang hartanah jangka panjang di kawasan Denai Alam, jangan lepaskan peluang ini.

Elmina Green 4 kini sudah pun siap dibina. Ada unit rumah double storey yang seluas 2051 sqft dengan 4 bilik + 4 bilik air! Punyalah besar memang sesuai sangat untuk yang ada keluarga ramai.


Harga hanya RM765K & sangat lah berbaloi dengan fasiliti yang ada. Memang serba lengkap dengan security 24 jam, taman permainan dewan serba guna, kemudahan kecergasan dan kesihatan seperti rumput tai chi serta laluan refleksologi.

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami sekarang!

Baca: Ciri-Ciri Penyewa Dari “Syurga” – Bagaimana Cara Untuk Dapatkan Penyewa Idaman Anda!


Join The Discussion

Compare listings

Compare