“Tak Payah Ambil Agent Hartanah Untuk Sewakan Rumah. Lagi Jimat Kos Buat Sendiri!”

Ada sesetengah tuan rumah (owner) cenderung untuk sewakan rumah sendiri tanpa melalui orang tengah. Maklumlah kalau guna perkhidmatan REN (Agent Hartanah), kena bayar satu bulan sewa sebagai upah. Itu yang ada sesetengah orang fikir REN ini senang buat duit.

Tiada masalah jika anda rasa anda boleh sewakan sendiri rumah. Sini saya senaraikan sebab-sebab anda tak perlu pakai khidmat REN:

1) Kalau Tuan Rumah Pandai Cari & Tapis Penyewa Sendiri

Kalau anda jenis pro dalam mencari dan tapis penyewa, takde masalah. Nak ambil penyewa ini bukan boleh pilih secara semberono. Kalau salah pilih, menyesal nanti.

Lagi satu, owner kena bersedia juga dari segi bajet marketing. Contohnya buat iklan berbayar di Facebook atau listing di laman web Mudah, Property Guru & seangkatan dengannya. Kalau nak percuma, buat saja hantaran (posting) ke group komuniti & marketplace.

Yang menjadi persoalan, sejauh manakah kualiti prospek itu. Adakah sekdar window shopping atau betul-betul serius? Kadang-kadang yang hubungi kita itu ada yang tak mampu bayar deposit, nak duduk sekejap dalam sehari dua. Ingat ini rumah tumpangan ke?

2) Ada Masa Nak Bawak Penyewa View Rumah

Kalau banyak masa terluang, boleh lah layan prospek yang nak datang viewing rumah. Kena ingat, prospek ini kadang-kadang tak puas tengok sekali sampai sanggup datang berkali-kali. Itu pun belum tentu dia akan bayar booking.

3) Pandai Buat Perjanjian Sewa & Faham Apa Dia Isi Kandungan

Ini penting! Sebab kalau anda nak sediakan perjanjian sewa sendiri, kena faham betul-betul apa isi kandungannya. Kena tahu apa tanggungjawab & hak tuan rumah & penyewa.

Contohnya, biasanya owner akan minta deposit 1+1+deposit bil air elektrik. Ada sesetengah penyewa deal dengan tuan rumah, baki deposit akan digunakan untuk bayar sewa bulanan terakhir dia duduk.

Yang jadi TAK BEST, bila owner periksa rumah, habis barai dikerjakan. Bersepah, rosak sana sini, dan macam-macam lagi. Deposit dah dipulangkan. Siapa yang nak cover kos-kos ini? Deposit dah dipulangkan, penyewa pun dah pindah tempat lain, anda nak minta penyewa bertanggungjawab? GOOD LUCK lah kalau dia ada COMMON SENSE.

Sebab itu, kalau nak pulangkan deposit, tunggu sampai penyewa betul-betul dah keluar. Kalau ada kos baik pulih berpunca dari kesilapan penyewa, boleh lah gunakan deposit itu. Sekurang-kurangnya, tak perlu keluar duit sendiri atau dapatlah jimat kos. Itulah pentingnya deposit.

4) Ada Kenalan Kontraktor/Tukang Repair Yang Dipercayai

Ini sangat membantu untuk handle masalah repair rumah. Kalau ambil kontraktor entah dari mana tanpa buat due diligence, silap hari bulan anda kena hadap masalah lain: buat kerja tak siap, duit bawa lari, atau kualiti kerja pun so so je. Seminggu kemudian rosak balik. Jenuh lah nak kena selalu top up duit.

Macam syarikat kami, memang dah ada team kontraktor yang berkelayakan dengan CIDB & beroperasi lebih 7 tahun specialise dalam renovation & maintenance rumah. Apa-apa problem, boleh hubungi kami. Lihat hasil kerja team kontraktor kami di sini.

5) Ada Ilmu Kemahiran Pengurusan Hartanah (Property Management)

Ada tuan rumah yang tak tahu macam mana nak uruskan kes penyewa tak bayar atau lambat bayar sewa. Kadang-kadang kesian, berlembut hati bagi peluang. Awal-awal mungkin boleh terima tapi lama-lama mereka pun boleh ambil kesempatan atas kebaikan tuan rumah.

Itu tak campur lagi kena hadap penyewa asyik merungut sana sini tentang keadaan rumah. Paip bocor lah, kunci hilang lah, jiran memekak dan macam-macam hal lain. Kadang sampai tengah malam call sampai terganggu tidur & privasi tuan rumah.

Sebab itu wujudnya servis property management. Dia akan uruskan hartanah anda dari A-Z; cari & tapis penyewa, uruskan aduan penyewa, pantau bil air. Tuan rumah hanya tunggu duit sewa masuk sahaja.

Itulah yang syarikat kami, IBSB Group buat. Buat masa ini, kami sedang menguruskan lebih 80 UNIT RUMAH di kawasan Kuala Lumpur & Selangor & berpengalaman lebih 10 TAHUN.

Perkhidmatan ini sangat sesuai untuk:

  • Tuan rumah yang tak tahu cara nak iklankan rumah sewa
  • Tuan rumah hanya nak tunggu masuknya pembayaran sewa setiap bulan
  • Tuan rumah yang rumahnya sudah lama kekosongan penyewa

Jangan Pertikaikan Peranan REN

Kalau rasa boleh handle sendiri perkara-perkara seperti apa yang dinyatakan di atas, silakan. Cuma jangan lah pertikaikan tugas agent. Agent ini memang fungsinya nak memudahkan urusan tuan rumah. Tapi of course lah ada kos.

PS: Ini antara kes yang kami handle. Penyewa lama buat hal. Owner minta kita bersihkan & repair balik rumah. Rasa terubat hati owner. Katanya dah macam waktu dia beli rumah awal-awal dulu keadaannya.

Jika anda berminat, boleh hubungi team kami untuk percuma konsultansi. Tekan link di sini.


Join The Discussion

Compare listings

Compare