Bila nak menyewa untuk kali pertama ni, banyak perkara yang bermain di kepala. Nak mula dari mana pun tak tahu. Risau kena tipu dengan scammer, rumah tak seperti yang diiklankan, bilik pun sangat teruk. Jangan risau ! Di sini ada beberapa tips untuk anda.
1. Menetapkan Bajet Sewa
Tetapkan bajet yang realistik untuk sewa bulanan anda. Ingat untuk ambil kira kos tambahan seperti bil utiliti, deposit keselamatan, dan sebarang bayaran lain yang mungkin dikenakan. Ini penting supaya anda tidak melebihi kemampuan kewangan anda.
2. Menyenaraikan Fasiliti dan Kemudahan yang Diperlukan
Sebelum anda mula mencari rumah sewa, buatlah senarai perkara yang anda perlukan dan inginkan dalam rumah sewa anda. Contohnya, lokasi yang dekat dengan tempat kerja atau sekolah, bilangan bilik yang mencukupi, dan kemudahan seperti kedai atau stesen pengangkutan awam berdekatan.
3. Buat Research dan Listing Kawasan Yang Ingin Disewa
Research kawasan tempat yang anda minat untuk menyewa. Cari maklumat tentang tahap keselamatan, kemudahan seperti pasar raya, klinik, dan akses kepada pengangkutan awam. Anda juga boleh melawat kawasan tersebut pada waktu yang berbeza untuk merasai suasana dan aktiviti sekeliling.
4. Viewing Beberapa Rumah Yang Dipilih Sebelum Membuat Keputusan
Jangan terburu-buru membuat keputusan. Lawat beberapa pilihan rumah sewa untuk membandingkan harga dan keadaan rumah. Periksa keadaan fizikal rumah seperti paip air, sistem elektrik, dan keadaan perabot jika rumah berperabot.
5. Tanya Soalan Penting
Sewaktu melawat, jangan ragu untuk bertanya kepada tuan rumah atau ejen hartanah. Tanya tentang polisi pembaikan, kenaikan sewa, adakah haiwan peliharaan dibenarkan, dan siapa yang bertanggungjawab untuk penyelenggaraan. Ini dapat mengelakkan sebarang salah faham di kemudian hari.
6. Semak dan Fahami Kontrak Sewa
Baca kontrak sewa dengan teliti dan pastikan anda faham semua terma dan syarat sebelum tandatangan. Periksa tempoh sewaan, deposit, dan syarat pembatalan. Jika ada yang kurang jelas, minta penjelasan daripada tuan rumah atau ejen.
Follow tips di atas untuk dapatkan tempat menyewa yang selesa.